Tuesday, February 8, 2011

TAZKIRAH ( Peringatan Kepada Saya Sendiri Agar Tidak Lalai )

Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Nahli ayat 114:
“Makanlah rezeki Allah secara halal dan baik. Bersyukur terhadap nikmat Allah SWT seandainya kalian benar-benar menyembah (mematuhi)Nya”.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 188 berfirman lagi:
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)”.

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah SWT mengagihkan perwatakan dan akhlak kamu sama seperti dia mengagihkan kepada kamu habuan rezeki. Allah SWT mengurniakan (nikmat) duniawi kepada sesiapa sahaja; sama ada orang yang Dia suka atau tidak suka. Namun kurniaan (pegangan dan iltizam) agama hanya diberikan kepada orang yang Dia suka. Sesiapa yang dikurniakan dengan nikmat berpegang (beramal) dengan agama maka itu bermakna Allah SWT telah menyayanginya. Akan tetapi ingatlah; demi Allah SWT yang nyawaku ditangan-Nya, seseorang itu tidak akan menjadi muslim sehinggalah hati dan lidahnya ikut menjadi muslim. Tidak menjadi mukmin sehinggalah jirannya terselamat dari gangguan kerenah kejahatan”. Jika ada sesiapa yang meraih rezeki haram kemudian dia menghulurkan rezeki itu sebagai sedekah (kepada orang lain) maka Allah SWT tidak akan sudi menerima (amalannya) itu. Jika ia membelanjakan harta tersebut ia tidak akan mendapat barakahnya. Jika dia meniggalkan harta itu sebagai harta warisan (anak cucu) maka harta berkenaan hanya akan menjadi bekalannya ke neraka. Allah SWT tidak menghapuskan kejahatan dengan perbuatan kejahatan. Tapi Allah SWT melupuskan kejahatan dengan amalan kebajikan (kebaikan). Keburukan tidak akan menghapus dan melupuskan keburukan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk pengetahuan agen-agen semua, akhir-akhir ini terlalu ramai agen yang membuat penambahan modal/deposit dan tidak membuat tuntutan, ada sehingga RM700 dalam 1 transaksi. Masih ada lagi agen yang belum membuat tuntutan.

Di sini saya sarankan mana-mana ahli yang belum lagi mebuat tuntutan bolehlah hubungi En G'mie: 017-969 1363. Ini kerana pihak kami tidak mahu makan hasil HARAM.

Sekiranya mana-mana agen yang tidak membuat tuntutan dalam tempoh 100 hari. InsyaALLAH wang-wang ini akan saya salurkan ke badan-badan yang sah dan diperakui oleh pihak kerajaan.

Saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap.

Rujukan:
http://saudagartopup.blogspot.com/